Resepi Kambing: Kerisik Daging Kambing

Assalamualaikum Wrmbth,

Masa raya haji, memang banyak daging korban (tidak kira lembu atau kambing) tersimpan dalam peti sejuk. Bagi mengelakkan daging kambing tersebut rosak kerana lama disimpan, boleh mencuba resepi daging kambing kerisik dan insyaallah ia dapat disimpan dalam jangka masa lama.

Resepi ini saya rujuk dari RESEPI KAMBING

Selamat Mencuba
Bahan-bahan
2 kg Daging Kambing (Btg Pinang @ Topside) Direbus Empuk
400 gram Cili Kering
2 labu Bawang Merah Besar
5 ulas Bawang Putih
4 cm Lengkuas
2.5 cm Halia
4 - 5 btg Serai
150 gram Ketumbar (pandai2 agak)
150 gram Jintan Manis (pandai2 agak)
250 gram Gula Merah @ Gula Perang @ Gula Putih
1 bj Kelapa (perah jd santan pekat)
Jus Asam Jawa
50 gram Kerisik (tak letak pun takpe)
2-3 Org Pembantu & Kesabaran Yg Tinggi(percaya la nak siat daging 2 kilo sorang2 ni bukan kerja yg "menyeronokkan" ...)


Cara-cara

1. Bahan2 nih blend sekali dgn Bwg Besar,Bwg Putih,Ketumbar Dan Jintan(yg dah digoreng tanpa minyak)

2. Kemudian tumis bhn2 yg dah blend td (agak2 minyak ya...jgn terlebih plak)

3. Masukkan Gula Merah dan kerisik tu td

4. Masukkan Jus Asam Jawa (agak2 rasanya)

5. Masukkan Santan pekat

6. Goreng Tumisan tuh sampai pecah minyak (tapi jgn masukkan dulu daging)

7. Tunggu sampai garing tumisan kita ... Ambil daging yg kita dah carik2 (daging ni dah "diangin2kan" ...utk kering kan lebih2an air rebusan tu.....tutup api tumisan kita tuh ...dan masukkan daging kambing yg kita dah anginkan ...
Kacau sampai rata .......baru bukak api balik ...tp gunakan api yg kecil ..kat sini
kesabaran memainkan peranan yg penting...kalau melekat2 "JGN TAMBAH
MINYAK!!!"...masukkan sedikit air je...

8. Dan kacau lah sampai betul kering dan garing ...kacau jgn berketul2 pastikan kita
gunakan api yg betul2 kecil ...jgn gatal2 tangan nak besarkan api....
And resipi ni boleh tahan sehingga 8 bulan jika ditutup dan diletakkan di tempat yg
kering ...

9. Tahan setahun jika diletak dalam peti ais...Dan pantang kalau dihinggap
lalat... Sepanjang pembuatan serunding ni kena ingat ..jgn sampai dihinggap lalat ..
Ok Maka bila dah siap korang boleh la hidang kan ...dan resipi ni nampak hitam
bukan sebab hangus ..tp sebab gula merah yg sy guna menyebabkan warnanya jd
gelap

Selamat mencuba Resepi Kambing Kerisik ini

Comments

Popular Posts